Welcome to YourName's Paradise.You want to F o l l o w ? or go back H o m e ?
Diary About Love Links
Speak Up


i am who i am
Hate me? GTH dear.
Macam- Macam
Friday, February 17, 2012 | 5:41 PM | 0 beautiful(s)

Assa-laa-mu'alaikum semueee!

Ok la, dah lama tak update blog ni. Macam biasa nak cerita pasal sekolah. Ianya terbahagi kepada banyak bahagian (LOL! perlu ke skema mcm tu) iaitu :-

#Keceriaan Kelas
Kelas 4 Ruysd, ada banyak lagi yang tak selesai. Tapi alhamdulillah perancangan dah ada. Harap-harapnya boleh selesaikan minggu depan juga. Almaklumlah Orang2 dari Surabaya, Indonesia mau datengg..! Secara jujurnya, saya memang mahukan kelas Ruysd MENANG tahun ni. Mungkin kelas kitaorang ni biasa- biasa sahaja , tp tk semestinya tk boleh capai kejayaan.

#Perarakan Maulidur Rasul
Awal2 ingat nak suruh puteri yang berarak tp bila fikir balik , kelas lain mestilah putera yang akan berarak ; kan pelik kalau kitaorg je (4 Rusyd) puteri yang berarak ==" ohh, memang boleh la kan. Jadi, akhirnya putera lah jugak kene berarak pada hari Khamis minggu dpn ( 23 Feb ). Syaratnya minimum 10 orang ,, hah, memang bagus sgt lah kitaorg tepat2 ada 10 ORANG pelajar putera. Kami puteri yang akan uruskan menghiaskan sepanduk. Nak menang tu memang nak , tp paling penting ialah PENGHAYATAN ! smg keberkatan itu yg bakal kami capai dahulu.

#Kerja sekolah
Physic.. Biooo, Chemist, B.Arab, BM, Add+math... bla bla blaa...
so kene buat lah =)))))))))))))))))))))))))))))))))
SAY NO TO STRESS

Ujian Formatif 1 (MAC)
kruk kruk........ *nombor yang anda dail tidak ada dlm talian*
aku hanya mampu SENYUM LEBAR :D !
6 Mac tarikh keramat ku , hidangan terbaik iaitu ADD MATH bakal menjadi jamuan
pada ku dgn 6 potongan ( 6 soalan ) dr nya.. THEE!
==" (astagfirullahalazim, dok baik ngeluh sokmo) k sabo2. InsyaAllah BOLEH!!

-Tamat-

A SECRET AGENT STUFFS HAVE BEEN CREATED !
WAITING FOR A REVOLUTION
TO CONTROL THEIR MIND
INSHAALLAH


Program Nuqaba' 2012
Saturday, February 4, 2012 | 6:33 PM | 0 beautiful(s)


Alhamdulillah, minggu lepas selama tiga hari selesainya program Nuqaba' dengan jayanya.
Pertama kali bila aku dapat tahu ana akan jadi Naqibah tahun ni, rasa macam Allahu Akbar, menerpa lagi satu tanggungjawab pd tahun ni. Mungkin laa antum semua fikir, 'ecehh jadi Naqibah,,, terer ah tu' .. LOL (maaf) tapi bukan istilah terer, memang dah cukup baik ke apa, mmg tak. Naqibah even jawatan yg sgt kecil tp tanggungjawab dia besar, nak kene bimbing orang lain ,tp sebenarnya pada masa yang sama membimbing diri sendiri. Ana yang bernama Izzatti ni pun masih lemah imannya, masih banyak kekurangannya.. dan kalau sesiapa yang letak perspektif yang tinggi kt ana, ana anggapnya hanya DOA yang baik utk diri ana.. kerana ana belum lg sampai tahap yg tinggi imannya, ana tahun ramai lagi sahabat/rakan2 jauh lebih baik...Wallahu'alam

Ok, berbalik kepada program. Sepanjang program kebanyakkannya ceramah jelahh... sbg seorang Muslim saya tak nak ckp BOSAN, sbb ana tak rasa bosan pun.. cuba kdg2 ada part terlelap sikit (huhuhu) kurang oksigen.. Tapi overall ceramah yang disampaikan sgt2 memberi impak yang bagus ;-

Dalam banyak2 ceramah, dua ceramah yang sangat menarik bg ana ialah drpd Ustaz Anas dan Ustaz Jamal
(ceramah yang lain juga bagus, tp inilah antara duanya)

Ustaz Syed Mohd Anas 
Tajuk : Kepentingan Menjaga Hati...






Hati tu sangat penting.. dalam Hadis pun telah diriwayatkan, jika baik hati seseorang insan itu maka baiklah segala-galanya kerana Hati adalah raja bagi seluruh pancaindera kita. Kalau hati kita kotor, maka yang lain2nya juga akan jadi buruk. Itulah yang kita sendiri tak nak...

Ustaz ada mengemukan, boleh tak kita mendegar ayat2 al-Quran, lepas tu transform kepada Nasyid pulak, dan seterusnya dengar lagu2 lagha.. (ok soalan ni mmg berkait dgn diri saya, secara jujurnya, sbb saya ni suka sangat dengar lagu). Jawapannya tidak boleh, tak berjalan jugak nak ada Hati yang bersih, hati yang tidak diganggu oleh maksiat.. Jadi, ana rasa mungkin ramai lagi macam ana, al-Quran & Hadis pun kita dgr, tp lagu2 lagha pun kita join gak, benda ni sebenarnya tak membawa sgt kearah perubahan hati yang baik cuma yang baiknya sekurang-kurangnya kita masih dalam kalangan yang hatinya boleh menerima jika diberi nasihat dan teguran.

Sebab kenapa ini tak berjalan, kerana alunan Muzik dan Al-Quran TIDAK BOLEH berjalan seiringan.. Seorang Muslim, kalau hatinya sentiasa terpaut dekat Al-Quran dan Hadia, dia dah tak tengok dah,  benda2 lagha lain. So, yang kita ni dok masih boleh layan, maknanya Iman masih lemah la. Tak percaya tanyalah orang2 alim, ehh apa2 pun tak lah bermaknya mereka2 ni tak dengar langsung lagu2 ni, tp jaranglahh, sekurang-kurangnnya pun lagu2 Nashid yang bersifat keTuhanan. Terus terang la ana nak cakap, kita kalau dah dengar lagu lagha2 ni, nak click lagu Nashid pun susah, apatah lagi nak dgr ayat Quran.. T_T  Allahu Akbar.

Jadi, marilah kita usaha sikit demi sikit untuk membasmi ketegaran mendegar lagu2 ni, ana pun nak kena buat jugak ni sbb ana ni pun manusia juga,kdg2 lalai jugak. Tapi, ana takdeklaa kata suruh stop mendadak, tak salah nak berhibur cuma biarlah keadaan diri ni terkawal dan kalau boleh lirik2 lagu yang dimainkan tu biarlah yang membawa faedah. Better nasyid jelah, ataupun lagu yang menaikkan semangat untuk belajar/ keyakinan diri dan lain2 lagi.

Cara-cara mendapat Hati yang Baik

1. Baca @ Dengar bacaan Al-Quran (faham & hayati -> lebih baikkk AMALKAN) 
2. Elakkan bersangka2 buruk. Bersangka baiklah selalu.
3. Jaga pancaindera (mata, telinga, tangan dll)
4. Dekatkan diri dgn perkara2 berfaedah ( hadiri majlis ilmu)
5. Berkawan dgn orang2 solih yg boleh mendekatkan diri kita kpd Allah
6. IKHLASkan diri dalam setiap ibadah yang dilakukan
7. Minta doa kepada Allah elakkan diri dr sifat SOMBONG/ UJUB/ TAKABBUR/RIYA'
8. INGAT ALLAH & INGAT MATI (zikrullah dan zikrulmaut)

Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi inshaAllah yang sikit ni pun kalau kita amalkan inshaAllah hati kita akan terjaga dari masa ke semasa...


USTAZ JAMAL
Tajuk :- Amalan Membina Naqib yang Berwibawa




Ciri-ciri
1) Ilmu
2)Peribadi Akhlak
3)Pengalaman
4) Mujahadah/ Berkorban
5)Mempelajari bahasa
6)Kemahiran (skill/ methodlogy)


Kepentingan Amalan


1) MARUAH
2) GERUN
3) SEGAN
4) BERKESAN
5) LUNAK / orang tidak kecil hati


Bentuk2 Amalam


1. Zikir  (penenang hati)
*tasbih/tahmid/ takbir
*mathurat
*'ya hayyu ya qayyum (tak mudah bergantung dgn org lain)
*baca subhanallahi wabihamdih dan 'azim - (memudahkan timbangan)
* Istigfar2 banyak ( meraih keinsafan)


# Amalan yang ALLAH PALING SUKA ialah AMALAN YANG ISTIQAMAh (berterusan)


* Solat ( amal ma'ruf NAHI MUNGKAR)
-solat tahadjud (jika dpt tambah lg satu solat wajib/ rasulullah akan iktiraf TAHAJUD)--> besar maanfaatnya
-solat rawatib
-solat hajat
-solat taubat
-solat tasbih (at least 1 kali seumur hidup )
-Solat dhuha ( awet muda/cergas/ rezeki luas)
-Solat istikharah ( penting untuk membuat keputusan/ mengetahui kebenaran/ senang buat keputusan) ataupun baca 6 BASMALLAH


#Katakanlah waktu subuh lg satu minit dh nak sampai, jadi ambil la solat witir 1 rakaat utk mengisi masa tersebut


*witir paling afdhal :- 3 rakaat 1 salam
*tahiyyah akhir solat2 sunat yang lebih afdhal ialah ddk tahiyyat awal!


#Tasbih baca laju2 pun takpa sebab tidak terikat dgn hukum tajwid & bukan ayat QURAN


#Baca tafsir
#Baca sirah2 nabi
# Ulumuddin (fardu ain & fardhu kifayah)
# Hafaz - quran / hadis/ hikmah2 Ulama'
*siapa2 yang menghafal hadis 40 , Allah akan haramkan Neraka baginya. (subhanAllah)


#Hadiri Majlis2 ilmu
# Banyakkan membaca
# Stay cool when spreading dakwah..


Setakat ni la yang boleh dikongsikan... 
Mari sama2 kita ber'amal :D


-TAMAT-
Assalamualaikum!



OLDER || NEWER