Welcome to YourName's Paradise.You want to F o l l o w ? or go back H o m e ?
Diary About Love Links
Speak Up


i am who i am
Hate me? GTH dear.
The 2nd Hadith
Monday, December 26, 2011 | 8:49 PM | 0 beautiful(s)





Daripada Abu Hurairah r.a.:  Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu  beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. ( Bukhari )


Kefahaman Hadis:
1) Marah - pengenalan - punca/ sebab-sebab yang boleh melahirkannya.
2) Marah/murka Allah - thabit sifat ini pada Allah dan tidak boleh dita’wil lagi- yakin sifat marahNya tak sama dengan makhluk.
3) Sifat marah yang dicela : Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memaki 
hamun, mencela, memukul dll.
4) Sifat marah yang dipuji : Apabila mempertahankan yang hak, melihat kemungkaran dan apa yang
dibenci oleh Allah.

Ini beberapa cara nak hilangkan sifat marah : 

*Doa supaya Allah bimbing kita.
*Zikrullah selalu - Quran, tasbih, istighfar dll.
*Ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran, pahala orang yang dapat
  mengawal dirinya - bidadari di Syurga.
*Ambil wudhu’.
*Ubah kedudukan - berdiri - duduk - baring.
*Berikan hak badan - tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.

(Tengok ,senang je nak atasi masalah marah2 ni) :)


-Hadis ini menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah 
membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri juga terhadap orang lain.- 


-Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti menahan marah bila dia marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk.- 


-Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang yang mampu menahan marah.- 


-Marah diizinkan hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah, 
namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan.- 


OLDER || NEWER